CEMPULING
Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan dari tanah Jawa, khususnya Jawa Tengah, Indonesia. Kesenian ini menceritakan kecintaan manusia terhadap alam kehidupan, lazimnya kisah para nabi dan disesuaikan dengan rentak dan melodi. Tempoh sesuatu lagu ialah antara lima hingga 10 minit. Selain daripada kisah para nabi, ada juga lagu yang mengajak pendengar menghayati erti kehidupan. Namun, kebanyakannya adalah berkaitan dengan penghayatan tentang keagamaan seperti memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Asas alat muzik Cempuling ialah gong, kempol, kempreng, sepasang eteng-eteng dan gendang. Kesemuanya menghasilkan bunyi tersendiri. Kini, Cempuling telah memasuki zaman kemodenan dengan pertambahan alat-alat muzik moden yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam seni warisan ini.
Maklumat JKKN
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Tingkat 6, Menara Korporat,
Kompleks IDCC Shah Alam,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15
Telefon : 03- 5543 1419