TARIAN CHETTI
Masyarakat Chetti di Melaka adalah salah satu lagi kelompok minoriti yang dilahirkan daripada perkahwinan campur antara pedagang India dan masyarakat setempat. Masyarakat Chetti mempunyai budaya hidup seperti masyarakat Melayu dari segi makanan dan pakaian. Walau bagaimanapun agama yang dianuti adalah agama Hindu. Seperti masyarakat Baba Nyonya, masyarakat Chetti juga mewarisi tarian seperti masyarakat Baba Nyonya seperti Joget, Joget Sapu Tangan, Tarian Payung, Tarian Ponggal dan Tarian Kolatham. Tarian-tarian ini masih diwarisi sehingga kini oleh masyarakat Chetti di Kg Gajah Berang, Melaka.
Maklumat JKKN
Kumpulan Kesenian Chetti,Kg Gajah Berang,Melaka.
Tel : 06- 3352815/013-2108883